Saya Wan Shahidah

Typolice Malaysia

About Me

I'm a Blogger and Author

Saya Shahidah. Ya, saya tahu, tak ramai yang kenal pun, siapalah saya (tisu di kelopak mata). Pada yang tak kenal lagi, marilah berkenalan. Nama saya Wan Nor Shahidah Binti W. Mustappa. Masih muda, 17 tahun, baru habis SPM. Dah, taaruf panjang-panjang pun nanti di'scroll'kan saja.

Sebabkan ini blog personal jadi saya bagitahu sikitlah latar belakang, riwayat hidup sendiri walaupun tak ditanya.

Pernah belajar di Sek Men Imtiaz Besut kemudian bermusafir ke Kolej Islam Sultan Alam Shah. Alhamdulillah, walaupun cuma manusia biasa sahaja berbanding dengan kawan-kawan yang hebat, idola dan yang sewaktu dengannya.

Minat dunia blogging, harapnya minat ini ada manfaatnya. Selain berblogging, designing dan writing juga saya minat. Maka jelaslah saya dominan otak kanan. In sha Allah peramah dan sentimental (hmmm).

Wan Shahidah Blogger

My Vlog

MY BEST VIDEOS

Spoken Word

Tight Slap

Moment

Anak-anak milenia, kalau dengar tazkirah 'alam maya' tidak sezuhud tazkirah 'alam nyata', bagus makin profesional (hmmm). Harap faham maksud tersirat. Tak apa, mungkin kita tersedut sikit hedonisme tapi boleh hembus balikkan nafas tak segar tu walaupun sudah efek peparu rohani kita. Tapis udara tak sihat itu dengan pergi majlis ilmu ya. (Cakap dekat orang aku pun sama). Harapnya video-video ini bermanfaat.
  • Islamic 90%
  • Motivational 75%
  • Tutorial 66%
  • Personal 88%

My Blog

MY BEST WORKS
7 Soalan Cliche Kepada Muslim di UK

Salam Alayk!


Jadi, daripada pengalaman saya melancong ke United Kingdom (dalam internet), menjadi Muslim di United Kingdom agak menarik dan mencabar. Agak terkejut bila tahu tapi sangat bersyukur sebab dapat tahu. Ini perkara penting yang semua Muslim perlu tahu! Kata saudara sesama Islam! (Angkat kening)


Apa Soalannya? Scroll down...


1. Awak tahu di mana Osama bin Laden tinggal?


Kalau diberi peluang untuk jawab, mungkin saya akan jawab Osama tinggal dan membesar dengan sihat dalam hati George Bush, bestfriend kot. (Silalah batuk G. Bush)

2. Awak teringin untuk join ISIS?


Saya lebih teringin untuk sertai jemaah yang syumul dan tak syadid. Dan kami Muslim tak nak masuk campur urusan jemaah Zionis, bagi chance sikit, itu jemaah baru dengan konspirasi baru nak up kot.

3. Macam mana dengan pakai hijab boleh rasa martabat wanita terpelihara, logik?


Kami rasa seperti hadiah mahal yang terbalut dari disentuh dan seperti matahari yang menyinar tapi tak bisa dipandang sewenang-wenangnya. (Jawapan novel)

Dan satu lagi, soalan ini bukan saja ditanya kepada hijabers atau hijabista tapi juga kepada free-hairers. Jadi? Alang-alang tu, pakai lah hijab, tak rasa serba salah nak terangkan jawapan.. kan?

4. Awak nak undang-undang Syaria di U.K. dijalankan?


Kalau saya jawab ya macam mana? Bring me that reality in Malaysia too, please. Siapalah yang tak nak undang-undang Islam tertegak? 

Mungkin nampak kejam tapi jangan dilihat pada kejamnya balasan tetapi lihatlah pada kejinya perbuatan. (Markah penuh Syariah Islamiyah S.P.M.)

5. Rasa ketinggalan sebab tak minum arak?


Melihatkan mangsa-mangsa yang mabuk dan berakhir dengan kematian, kami rasa KETINGGALAN sebab tak sempat nak berdakwah padanya, serious talk. Banyak kemudharatan berbanding kebaikan.

6. Teringin nak makan bacon?


Kalau diperbuat daripada kambing, ayam atau lembu nak juga. Nantikan bacon halal buatan Malaysia!

7. Wanita Muslim tetap pakai hijab ketika mandi?


Soalan ini tak akan ditanya kalau penyoal tahu kenapa kita pakai hijab. Apa yang mereka tahu biasanya cuma wanita Muslim DITINDAS sebab kurang hak. Hmmm..

Kesimpulannya?


Kepada mereka yang berhajat untuk lanjutkan pelajaran di United Kingdom, anda WAJIB tahu soalan dan jawapannya. 

Soalan favourite yang ditanya kepada Muslim di British lebih kurang sama saja dengan Muslim di America, tapi soalan oleh non-American Muslim agak provokatif sikit, highlight 'sikit'.

Siapa-siapa yang bila baca ada mengomel, 'apa bendalah dia ni cakap, tak fahamlah bahasa tersirat ni!' dan sebagainya boleh tinggalkan komen untuk entri ini, saya cuba untuk terangkan sebaik mungkin. (Senyum)

Sumber:-
BBC Three

Contact Me

Get in touch